Tuesday 26 April 2011

ZAINAL ABIDIN HASSAN!! LIKE SARJAN HASSAN...YEAH!!

PERGHHHHHH!!!!! 25 April 2011…tarikh ini aku xkan lupa sampai bile2!!!Hari pengalaman yang paling aku tak dapat lupai…giler kau…tengah-tengah sedap study kat PSZ(tunjuk sikit aku kaki study juga…hahaha), tetibe dapat panggilan henfon…pergh…mula-mula aku ingat, ini panggilan hangit atau panggilan haji(eh haji belum lagi..huhu)! Adess…aku da macam nak gelak2 je tadi dapat panggilan tu… yela…ingat kawan-kawan aku main2 sama aku… tapi ini cerita banyak serious ok..aku dapat panggil dari Balai Keselamatan UTM… kedengaran macam suara perempuan yang menelefon aku tu…


 “ Assalamualaikum…ni Muhammad Khairul Azmi ke??”…tanye perempuan itu..”iya ni azmi bercakap”, jawab aku.. “awak ada di mana sekarang?mengganggu awak ke sekarang?” tanye dia lagi kepada aku…(dalam hati aku bercakap, perempuan ni nak ngorat aku ke ape..aku bukan ensem sangat, tp cute tu adalah…hahaha)… “saya ada di PSZ sekarang…kenapa incik??”jawab aku.. “awak boleh datang ke Balai Keselamatan sekarang tak??” Tanya dia lagi…(dalam ati aku berkate, wah ape hal plak ni??ape salah aku ni??aku ingat dia nak ngorat aku tadi..hampeh!) aku dengan cemas, Tanya dia balik, “hah?? Kenapa ea saya di panggil ke sana?? Saya buat salah ape ya??”… perempuan tu jawab, “eh, awak xsalah apa-apa..awak datang dulu ke sini..nanti awak tahu sebabnya.. kami nak amek statement awak je..sila berjumpe dengan encik Zainal”..aku pun bergegas ke Balai Keselamatan.


Tiba di balai. 

“encik, boleh berjumpe dengan encik Zainal?” tanye aku kepada petugas di kaunter hadapan. “owh, ni Azmi ea? Encik Zainal ada dia solat kejap…duduk la dulu k..” jawab petugas tersebut. (aku kate dalam hati lagi, wah popular plak aku hari ni di Balai Keselamatan..huhu…staff kaunter pun boleh tahu siapa aku..huhu)… “ok2…saya tggu di sini” jawab aku..


15minit kemudian…..


“encik Zainal, ni dia Azmi”..tegur staff kaunter tadi kepada encik Zainal.. “owh ya Azmi…sebentar ya, saya uruskan pelajar internasional ni jap” kata encik Zainal. Jawab, “ok encik”… foreigner ni hilang laptop kat MSI. Jadi encik zainal ambil keterangan foreigner ni dulu…
Da settle dgn foreigner tu, encik Zainal ajak aku masuk bilik SOAL SIASAT!! Pergh!!! Gempak x? aku first time masuk untuk di soal siasat…pengalaman ni…fuh!! Ok2…terus kepada perbualan aku dgn encik zainal ni..

Encik zainal memula bicara “awak tahu tak ape sebab awak kena dipanggil??” aku pun jawab “ saya tahu, tadi saya dapat tahu dari kawan saya, nazri tongal..”(sebenarnya masa aku tengah cemas2 nak pi balai keselamatan, aku kontek azam pasal hal ni..rupanya, nazri a.k.a  sawit da kena soal siasat dulu pagi tadi..atas kes pecah cermin tingkap kereta..tapi bukan sawit yang buat ok..sawit baik orangnyer…dengar dulu cerita aku..)


“Ok.. sekarang, sebenarnya saya nak tolong awak saja.. saya tengok muke awak ni, rasanya saya tahu awak baik..awak tak kan buat benda macam ni…tapi saya nak amek keterangan kes dari awak sahaja..so nampaknya, masa cam tak cukup utk amek keterangan awak(waktu tu da pukul 6.20 petang)..saya pun nak jemput anak saya balik sekolah agama pukul 6.30 jap lagi…jadi, awak balik dulu,siap2, rehatkan badan tapi saya nak awak buat keterangan awak sendiri kat hostel, mengenai kes ini dari awal awak terlibat dengan suspek kes ni..masukkan keterangan awak tu dalam pendrive..buat dengan jujur dan ikhlas supaya dipermudahkan urusan ni..dalam pukul 8 lebih awak datang sini balik, kita cerita lagi..tapi kalau awak tak datang, saya charge awak ingkar datang soal siasat..setuju??”.. “owh ok2…saya terima pendapat encik tu” jawab aku…


#### # encik zainal ni, kalau 1st time korang tgk muke dia macam garang..tapi bila da mula cakap, tak nampak langsung garangnya tu..baik je cara cakap.. kalau gini la, bestnyer kalau lepaking kat balai keselamatan ni..tak semua rupanya pak guard yang jahat..encik zainal salah satu pegawai yang aku tabik la!!diplomatik sangat dia!!! Dia ni pun alim juga orangnya…^_^..


Aku pun balik dengan hati yang lapang tapi kena buat statement aku dulu..huhu…(eh aku tak cite lagi ape kes sebenarnya ni..kes ni tentang tindakan seseorang yang mendatangkan kesan kepada aku dan sawit…kalau benda ni tak jadi, aku dan sawit tak kan terlibat sama..kes ni pasal ada kejadian memecah cermin kereta orang lain..mangsa dah buat report kat Balai Keselamatan UTM…tetapi mesti korang nak tahu apa sebab aku dan sawit diterlibatkan sama kan??? Ni disebabkan sticker kereta la..apehal kaitkan sticker kereta dengan pecah cermin kereta orang kan?? Begini ceritanya..aku ada tolong sorang kawan untuk buat kereta sewa semester lepas..kawan aku tu, dia suh aku jaga kereta dia tapi dia suh aku daftar kereta tu atas nama aku..tapi sebenarnya aku da xboleh daftar kereta lagi sebab aku da daftar nama aku utk kereta mak aku..jadi utk dapatkan sticker kereta tu, aku mintak tolong sawit dengan bagi guna nama dia utk amek sticker kereta..jadi dipendekkan cerita, sawit setuju bagi guna nama dia utk amek sticker kereta tu…tapi selepas sebulan aku jage kereta kawan aku tu, aku nekad pulangkan balik kereta tu kepada tuan punya kereta tu..ni disebabkan aku da fed up dgn runggutan dari pelanggan yang sewa kereta tu yang mengatakan kereta ni banyak problem dan selalu rosak apabila sedang memandu..dan itu kali terakhir aku jumpe kawan aku tu.. ok berbalik kepada kes pecah cermin kereta org tu, mangsa masa tu dikatakan telah menyaksikan kejadian memecah cermin keretanya..jadi dia dapat mengecam yang suspek menaiki kereta yang telah di daftarkan atas nama sawit..ha sebab tu sawit dan aku di panggil utk soal siasat…tp sebenarnya bukan sawit atau aku yang buat kerja2 camtu…tapi orang lain…aku pun xpasti sape yang buat,sebab aku da lame tak ambil tahu pasal kereta tu…ok paham kan semua?? Terhiba tak??haha)


Ok berbalik kepada hal aku dgn encik zainal, balik je ke bilik, aku terus buka laptop, terus karang aku punye statement…dan ini statement asal aku…




********************************************************************************** 
NAMA: MUHAMMAD KHAIRUL AZMI BIN MD SAM
NO K/P: 881123-23-5065
ASAL: LABIS, JOHOR
ALAMAT RUMAH: NO 5 JALAN BADIK 9, PERUMAHAN AWAM LABIS, 85300 LABIS, JOHOR.
NO MATRIK: AH 080103
KURSUS: 3 SHR
ADIK-BERADIK: ANAK KE-2 DARIPADA 3 ORANG
NAMA IBU: KHADZIZAH BTE AZALI
PEKERJAAN IBU: SURI RUMAH

KETERANGAN SAYA MENGENAI KES:

            Pada mulanya, saya menolong kawan saya untuk menyediakan kereta sewa untuk disewakan kepada pelajar-pelajar di UTM skudai. Kawan saya itu pelajar master ketika itu dan beliau tidak memiliki pelekat kenderaan pelajar pada keretanya. Oleh yang demikian, saya sebagai kawan menolong mendapatkan pelekat kenderaan pelajar dengan meminta pertolongan kawan sekelas saya, Muhamad Nazri Bin Tongal, dengan menggunakan namanya sebagai pendaftar kenderaan tersebut. Nazri pun bersetuju menggunakan namanya untuk didaftarkan bagi permohonan pelekat kenderaan yang bernombor pendaftaran WEM 5283 model Kancil.
            Saya juga mengaku bahawa saya juga membantu kawan saya(pemilik kereta) dengan menjaga keretanya untuk mendapatkan pelanggan bagi menyewa kereta tersebut. Malangnya, saya tidak dapat menolong lebih lama kawan saya tadi untuk menjalankan aktiviti menyewa keretanya. Ini kerana, setiap kali keretanya disewa oleh pelajar-pelajar UTM, saya selalu didatangi oleh aduan daripada pelajar-pelajar yang menyewa kereta tersebut mengenai kerosakan yang sering berlaku ke atas kereta terbabit sedang mereka menggunakannya. Hal kerosakan ini selalu berlaku kerana kereta tersebut tidak diselenggara dengan baik oleh kawan saya.
            Oleh yang demikian, setelah hampir sebulan dan saya ada mengeluarkan duit untuk membaiki kereta tersebut, saya nekad memulangkan kereta tersebut kepada kawan saya kerana saya tidak mampu lagi menjalankan aktiviti menyewa. Dan kawan saya juga telah memulangkan semula duit saya yang saya gunakan untuk membaiki kereta tersebut. Dan itu kali terakhir saya berjumpa dengannya sehingga saya dipanggil untuk memberi keterangan ke atas kes yang sedang disiasat ini.
Sekian terima kasih.
**********************************************************************************



Tepat pukul 8.00 malam, aku pun keluar untuk pergi jumpe dengan encik zainal utk kali ke-2 dalam sehari aku pergi ke Balai Keselamatan.. radi nak tumpang aku ke K01..ok aku pun tumpangkan dan antarkan radi ke K01 dan aku berlalu pergi ke Balai Keselamatan.
Tiba di balai keselamatan, “encik boleh jumpe dengan encik Zainal?”Tanya aku pada staff kaunter pertanyaan..”encik zainal pergi rehat…awak datang balik pukul 9 boleh?” (aduh dalam hati aku, ni yang tak boleh ni..sejam aku kena tunggu dia..huhu..tapi aku redha…tunggu sehingga 8.15 malam, dan aku blah kejap pi MSI solat isyak dulu..habis solat isyak aku pun pergi balik kat balai keselamatan tu..masa tu jam menunjukkan pukul 8.50malam..encik zainal pun da ada kat pejabat. Aku pun terus mendapatkan encik zainal dan bagi pendrive)…
“wah tepati masa betul ea awak” ujar encik zainal.. “eh kenapa pulak encik?” aku tanya dia balik. “sebenarnya,saya ada tadi masa awak da datang..tapi saya tak keluar sebab saya saja nak tengok awak boleh tepati masa atau tidak”kata encik zainal.. wah aku kena nilai sebenarnya ni…kata aku dalam hati lagi… sebenarnya masa ni je aku tepati masa, tapi bile pergi kelas, pernah pulak aku datang awal..haha “owh yeke encik?”huhu… “ni encik statement saya (sambil aku hulurkan pendrive padanya)”.. “owh ok2..bak cini” encik zainal meminta…


Setelah encik zainal baca keterangan aku yang jujur lagi ikhlas tu, dia pun setuju dan edit sikit ayat aku supaya jadi ayat yang lebih spesifik.
Aku masa bersama encik zainal tu, tak ada langsung perasaan takut atau cemas cam mula2 dapat panggilan tu.. sesi aku bersama beliau cam sesi anak bertemu ayah je rasanya…(aduh rindu pulak kat arwah ayah aku…L)hehehe…kami byk berbual tentang dunia dan agama.. encik zainal kalau bercerita tentang agama, membuatkan aku rasa semangat sekali.. dia bercerita sambil mengedit keterangan aku…haha…cerita pasal nafsu dan akal tu aku xpernah dengar.. dia cerita pasal, sebelum akal dan nafsu ini di serapkan kepada manusia, akal dan nafsu ni telah direndam  dalam api neraka oleh ALLAH S.W.T terlebih dahulu. ALLAH merendam akal dan nafsu ni sehingga mereka tunduk kepada ALLAH S.W.T..daripada cerita encik zainal tu tadi, akal dan nafsu ini sentiasa enggan tunduk kepada ALLAH pada mulanya.. “aku adalah aku, engkau adalah engkau” kata akal dan nafsu kepada ALLAH S.W.T berkali-kali dan ALLAH S.W.T juga berkali-kali merendam mereka ke dalam api neraka,sehingga akhirnya akal dan nafsu ini mengaku ALLAH S.W.T adalah Tuhan sekalian alam…Masya-allah..patut la nafsu kita ni selalu meluap-luap…betapa degilnya nafsu ni…Subhana-Allah…


Sesi soal siasat tadi bertukar kepada sesi berbual bicara Islam…hehe… encik zainal cakap, “inilah hikmahnya awak dapat datang ke sini dan bertemu dengan saya..dengan izin ALLAH S.W.T, kita dapat kenal hari ini..kalau tak pasal kes ni la, mungkin kita tak akan berjumpa kan?”.. (aku mengangguk dan senyum tanda setuju.. J )…


Dia pun sempat tunjuk kat aku satu buku pasal islam yang bertajuk “MUTIARA AL-QURAN” kalau tak silap aku…buku di karang oleh penulis daripada pengalaman Imam Ghazali…dah lame buku ni…sebelum aku lahir lagi da cetak..tahun 1983…huhu…aku xsempat nak pinjam buku tu sebab sekarang kena fokus pada buku2 fakulti je…sebab nak final exam…huhu…

Banyak lagi cerita yang kami bualkan..tapi aku dapat highlight kan sedikit tu aje…cukuplah tu..yang lain biar aku je yang tahu…hahaha…tapi paling tak diduga, “awak da ada konteks saya kan? Jadi kalau awak ada nak mintak kerja pas habis belajar ni, awak boleh la tinggalkan resume kat email saya..nanti Insyallah dengan izin ALLAH S.W.T, saya boleh tolong awak dapatkan kerja kat dalam UTM ni”. (pergh encik ini,dah la baik, nak tolong aku dapatkan kerja lagi..huhu..fuh mmg xsangka ditemukan oleh orang-orang sebegini.. ^_^ terharu aku YA ALLAH…) “wah…terima kasih encik..nanti apa-apa hal, saya bagitahu pada encik ok” jawab aku dengan excited!..

Maka, setelah proses mengedit keterangan aku tu siap, “awak ada lagi nak tambah dalam statement awak ni?” encik zainal bertanya. “rasanya, da tak ada apa-apa lagi, encik..cukup la tu”..jawab aku .. “ok cukup sampai sini dulu. Nanti kalau ada apa-apa lagi yang tak cukup, saya panggil awak lagi ok…Assalamualaikum” ujar encik zainal. “owh ok…baiklah encik..saya tunggu hasilnya…saya balik dulu..waalaikummusalam..”..aku pun beredar dari situ..

Tapi aku yakin aku terlepas dari tuduhan kes tu tapi mungkin aku kena compound sebab aku yang rancang guna sticker kereta tu atas nama sawit..tapi taka pa la…sekurang2 hukuman aku ringan dan dapat sesuatu daripada kejadian ni…ada hikmah semuanya ni… Amin…^_^..

Fuh begitu panjang cerita aku kali ni…harap jangan pening-peningla si pembaca silent aku nnt..huhu….
Ok sampai sini sahaja dulu…wasalam~~~~
Ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada ENCIK ZAINAL ABIDIN HASSAN, Pembantu Keselamatan, Bahagian Keselamatan, Utm Skudai..

4 comments: