Tuesday 10 April 2012

Saturday 3 March 2012

hidup-hidup...

Sudah lama aku tidak menulis di ruangan ini..dengan kehidupan seharian yang mencengkam, memang sukar bagi aku yang tak berapa rajin ini.. ditambah dengan kerja yang agak memenatkan.. cerita yang lepas pun aku rasa dah cam tak tersambung pun lagi..ini disebabkan tempoh untuk menulis agak jauh jaraknya dengan peristiwa lepas, jadi aku sudah lupa...dan aku tak tahu cara bagaimana untuk menyambung nya...hahaha..tapi apapun, peristiwa belajar di Melaka sangat menyeronokkan dengan ditambah kawan-kawan group aku yang sporting...u r punkrock! Erm..cerita aku kini, aku sedang menjalani On Job Training(OJT) di Menara Annexe2 TM..sudah masuk hari-hari terakhir aku menjalani latihan di dalam company koperat ni..alhamdulillah semua berjalan lancar..

Dalam masa 6 bulan ni, kehidupan di KL metropolitan ini, banyak memberikan aku erti kehidupan. Di sini aku banyak diketemukan manusia-manusia yang pelbagai ragamnya...haha...kadang-kadang memang betul la. Kalau nak rasa kehidupan, kita kena berhijrah ke tempat lain. Nabi Muhammad saw pun berhijrah juga dari kota mekah ke madinah. Tapi baginda berhijrah atas sebab penyebaran Islam. Aku? Aku berhijrah atas tuntutan kehidupan dan seiring dengan takdir Allah swt..aku hanya mampu ikuti sahaja. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi kelak. Berbalik kehidupan di metropolitan, kehidupan disini agak lebih mencabar berbanding kehidupan di kampong halaman. Memang mencabar dari segi mental dan fizikal. Jika dulu, mental aku mudah dan jarang dikerah, tapi disini mental aku banyak bertindak balas. Jika dulu fizikal aku gemuk giler, skrg da agak xgemuk giler jugakla..haha...ini disebabkan tuntutan kehidupan di Bandar. Di sini aku kenal kembali agama, erti kehidupan, politik dan makanan..

Sudah lama aku meninggalkan gelanggang keagamaan yang kudus. Kini di kota metropolitan membuatkan aku ingin kembali mempelajari nya. Alangkah indahnya islam yang aku hanya pelajari semasa di sekolah agama johor dulu. Aku tertanya-tanya, apakah islam di dalam diri aku ini? Adakah aku benar-benar seorang yang menjalankan cara-cara islam? Aku sangat sedih bila terpikir pasal diriku ini. “bila kita makin banyak belajar, baru kita sedar, kebodohan kita sangatla banyak”-ayat dari sahabatku, fuad. Kata-kata ini sangat benar. Semakin kita mahu kembali ke jalan yang baik, semakin kita tahu, semakin kita kaji, semakin itula kita rasa kita tidak banyak tahu. Dan rasa sangat bodoh diri ni.  Alhamdulillah kini aku sedikit demi sedikit mengetahui dan mencari tingginya nilai-nilai islam itu. Aku juga banyak didedahkan dengan pengajaran yang tidak formal kearah kebaikkan. 

Erti kehidupan. Kehidupan orang cakap harus dinikmati seluruhnya. Pada aku, kehidupan hanya tempat sesaat sebelum kita semua masuk ke alam yang pasti nanti. Tapi apapun, kehidupan perlu dijalani bak kata orang-orang diseluruh dunia. Kehidupanku di johor dan di kl pada aku tiada beza, Cuma cara golongan marhaen di KL je yang berbeza yang membuatkan aku sesak nafas. Jika di johor, pada pandangan aku, peminta sedekah atau gelandangan aku rasa aku tidak pernah Nampak semasa aku bermastautin disana 3tahun. Tetapi di KL ini, boleh dikatakan setiap hari ada saja golongan ini. Bukan mahu berlapang dada atas perkara ini, tetapi aku hairan mengapakah di kota yang orang kata maju ini, semakin ramai golongan-golongan ni? Mana perginya slogan negeri maju tu? Tapi walau-apapun yang aku perkatakan, tugas aku berkongsi. Berkongsi rezki aku yang ada, dan diberikan sedikit kepada yang meminta. Tak salah kalau berkongsi. Pada aku, perihal berkongsi akan mendamaikan aku. Pernah sekali peminta sedekah datang dekat aku mase aku tengah makan disebuah kedai makan. Dan seperti biasa, aku pun sedekah la sedikit wang yang aku ada kepada peminta sedekah tu. Dan selepas menerima wang dariku, peminta sedekah tersebut semacam tengah menadah tangan dan seakan mendoakan aku... aku pun terkebil-kebil rasa dihargai oleh peminta sedekah..kan ia mendamaikan bukan?

Banyak peristiwa yang berlakukan disini... benda yang aku tak suke buat, aku kena buat... Contohnye, di tmpt aku kerja ada diadakan annual dinner.. Dan kami pelatih-pelatih SL1M ni, secara paksa rela kena terlibat sama dalam persembahan tersebut. Dan akhirnya, setelah adegan paksa rela ini, kami akur dan Berjaya menjayakan persembahan tersebut yang banyak mendapat pujian dari mereka yang datang berkunjung. Persembahan tersebut adalah, sebuah tarian selama 5minit lebih...wow...bayangkan aku yang bertubuh “sasa” menari lagu-lagu tradisional... huhu....jatuh keimanan gadis-gadis..tapi  tak ape.. demi mencari sebuah pengalaman yang berharga..kena positif..

Ok la kot coretan kali ini..

Untuk update ni pun mengambil masa berminggu-minggu untuk mengarang...huhu...
Sekian, terima kasih


Saturday 27 August 2011

^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^


Hi…^_^..memang sudah lama tidak menulis di sini…kerinduan pada ramadhan yang da nak tamat ni, memberikan kerinduan kepada aku untuk menulis..macam2 berlaku dalam hidup aku selepas tamat belajar…tp kerinduan pada waktu tengah belajar, masih bermain dibenak… rindu yang macam2..haha..

Lepas je balik kampong dari tamat belajar 3tahun, 9jun 2011, aku da dapat interview kerja…xsempat rehat..datang interview pun tak bersungguh…agaknyer tula yang tak dapat kerja tu…interview felda holding..hampeh…susah interview dia..kena IQ test dulu…mmg tak la ak nak jawab betul2…patut bagitahula dulu ada IQ test…boleh gak aku study ckit2…huhu…keputusan interview dapat tahu aritu jugak..dan keputusannyer, memang aku da jangka…hahaha….tiada harapan..

Selepas felda, aku dapat pulak interview kat tebrau,kilang buat jam Seiko, Intech…jawatan HR Officer..erm..interview ni calon ada 5orang…aku rasa peratus untuk dapat kerja amat tinggi..aku rasa da buat yang terbaik untuk interview ni..tapi entahla…sampai sekarang tak ada jawapan…sesudah kecewa yang semacam tiada pengujungnyer, pada 13julai aku dapat pulak interview kat Panasonic, senai…jawatan Purchasing Exec…interview ni pada ak quite ok la…xsusah, xsenang…tapi calon yang di shortlist mase tu 18 orang…huhuhu…dan keputusannyer masih hambar sampai sekarang…redha…

Tapi….detik 18julai… “halo..encik Muhammad khairul azmi, boleh datang MMU Melaka tak? Daftar diri untuk program SL1M TM GEOP..” “bile kena daftar?”tanya aku… “arini”… “ha arini??xsempat kot encik..ni pun da petang…saya ada motor je..kalau esok bole?” … “owh…ok esok awak lapor diri kat Ms. Khor..datang pukul 2, kalau awak xdatang saya cari orang lain..” … “ermmm…ok encik..jumpe esok”..selepas orang TM tu tepon, DIYAN kawan aku yg masuk program yang sama tepon aku..rupa-rupanyer diyan la yang rekemen aku kat program ni...haha...TERIMA KASIH banyak100x!! diyan...jasamu tak akan dilupakan... ^_^ tapi sebenarnya, aku serba salah nak pergi sebenarnya..yela mase tu aku terpikir pasal mak aku…sebab aku kena bawak mak aku ke hospital minggu depannya…tapi mak cakap, pikir elok2…peluang ni tak datang bergolek…lagipun, masa sejak kecil lagi aku pasang impian nak keje kat TM cam arwah ayah…ayah pun pernah pesan kat aku, kalau nak keje TM, jangan jadi orang bawah…ambil jawatan tinggi, jangan jadi cam ayah..
Jadi dipendekkan cerita, aku rembat peluang ni… malam tu kemas2, dan esok paginye aku gerak ke MELAKA…
Cukup sampai cini dulu…next aku cerita pasal aktiviti2 aku kat MELAKA ….ok…peace yo~~~

Friday 27 May 2011

adoi!

perghhh.....terasa....adoii....kenapa aku je dia wat camni???

tolong la adil...mentang2 aku xberapa ensem..huhu
da ckup untuk entri arini..

Sunday 22 May 2011

Huda si Yellow!!…

Huda si Yellow!!….
Hahaha…huda2…da sedap kan kau promote aku kat belog ko…bangga sangat aku bila kau kecoh pasal aku dekan sem ni…hahahaha…mendengar arahan kan kau…marketing sungguh..sumpah!ahakz…
So entry ni dituju khas buat kau si Huda Yellow!!..

TERIMA KASIH 
DI ATAS PROMOSI HEBAT!
Aku tak tahu nak tulis ape lagi….hahaha…harap kau tersipu-sipu malu la…hahaha…hodob nak uka!!haha…harap kau dapat jadi Yellow sampai bile2…bile kau Yellow, memang jadi giler…adoi…tak menang ketawa kalau camni…hahaha….JANGAN lupa,kalau da dapat kerja, bagitahu aku…kira ko da jadi HR MANAGER, jadi senangla kau nak rekemen aku jadi pekerja kat tempat ko kerja..so aku tak yah pi interview susah2…aku juz pi terus kerja tempat ko…xyah nak interview tu semua…hahaha…INGAT k!ahakz…

ter update jugak!!

Lama aku xupdate belog aku..da berhabuk da ni..aku pun semacam menjadi malas sejak2 da habis belajar ni. ..erm sekejap je rasa 3 tahun belajar kat UTM…sekarang da habis pun..angan-angan aku dari kecik nak masuk U, akhirnya da tercapai dan aku da kira berjaya habiskan pembelajaran aku kat UTM yg dicintai ni..banyak benda aku da lakukan semasa belajar selam 3 tahun kat UTM..dan banyak juga kenangan yang indah tak dapat aku lupakan..kawan-kawan semacam fuad,apit,panjang,azam,sawit,radhi,pentol dan cepet memang membuatkan hidup aku berwarna di UTM…ada kala aku baik giler dengan diorang…ada kala gak, aku per dajal kan diorang…hahaha…tula warna-warna kehidupan aku dan mereka-mereka sepanjang belajar kat UTM…inilah baru kehidupan…ade pahit dan ada manis…ade perjumpaan, ada perpisahannya….semua da ditentukan oleh-Nya…so kena terimalah k…

Sekarang da genap 2minggu aku meninggalkan kawan-kawan seperjuangan, kenangan-kenangan dulu, dan juga UTM…rasa rindu tu,kadang-kadang datang jugak…yela, duduk kat rumah tak ade pape nak buat…juz buat kerja-kerja rumah, kacau mak dengan adik aku, pi CC, tidur lewat, bangun lambat….fuh…kira heaven la ea??giler….heaven tu tahap tinggi…cam layak je aku masuk sane kan…huhuhu….erm…kadang-kadang tu, aku jadi blur dengan kehidupan aku sendiri…huhu…entahla ea…aku tak tahu ape yang aku nak dalam duniawi ni…kalau ukhrawi tu, aku nak jugak rasa hidup di Firdausi…hehe…tapi duniawi ni….menjadikan aku blur…aku tak tahu ape aku nak buat sekarang…walaupun aku tengah giat cari kerja…tapi tengah-tengah cari kerja, aku jadi lost…ape ke halnya ni???huhu…(mungkin aku banyak kali terlepas subuh kot…ni jam pun aku xtido lagi… da pukul 1.00pagi….huhu)

Tula..ape da jadi kat aku ni…tetibe jadi blur+lost…cam ade tak lengkap dengan hidup aku…tetibe……aku teringat kat seseorang ni…hahaha..aduh…teringat kat budi bicara dia…cara dia bercerita tentang Ketuhanan…aku suke……pas da teringt kat dia, aku terus jadi blur balik…jadi lost balik…jiwa tak kacau, Cuma kosong..semacam ade sesuatu yang membuatkan aku tak selesa tentang sesuatu tu…huhuhu…ntah la bro…aku tak tahu ape sebab jadi camni..

Mintak-mintak sekejap jela jadi camni..pasni aku kena kerja…da tak boleh nak membawak benda-benda camni…kononnya professional la…haha…ala kadang-kadang orang2 yang professional tu, ade gak yang jadi tak professional…hahaha…maaf, honestly cakap… :p …

Erm…wat mase ni, aku ignore jela benda-benda yang menjadikan aku blur ni..sekarang tumpu pada kegiatan mencari kerja…kena fikir family…kalau tak fikir, sape lagi yang nak fikirkan untuk aku kan??haha..mintak-mintak dapatla jawatan dalam TELEKOM MALAYSIA….nak jadi macam arwah ayah aku…hehe….dulu arwah suh aku jadi cikgu, tapi aku xpandai nak ajar orang…jadi pekerja TM pun ok la kan, ayah??hehe…
Erm…aku rasa sampai sini dulu la yang dapat aku tulis…mata da ngantok…aku harap, kawan-kawan, kenangan2, dan UTM tak akan pernah lupakan aku…haha…dan doakanla aku dapat kerja cepat-cepat ok…da tak sabar nak kumpul duit beli DSLR…hahaha

K la chow dulu…jumpe next entry…ASSALAMUALAIKUM….

*****p/s: mari ramai-ramai kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa tanah runtuh di Hulu Langat..semoga roh mereka diletakkan bersama orang-orang yang beriman….:-)..

Tuesday 26 April 2011

ZAINAL ABIDIN HASSAN!! LIKE SARJAN HASSAN...YEAH!!

PERGHHHHHH!!!!! 25 April 2011…tarikh ini aku xkan lupa sampai bile2!!!Hari pengalaman yang paling aku tak dapat lupai…giler kau…tengah-tengah sedap study kat PSZ(tunjuk sikit aku kaki study juga…hahaha), tetibe dapat panggilan henfon…pergh…mula-mula aku ingat, ini panggilan hangit atau panggilan haji(eh haji belum lagi..huhu)! Adess…aku da macam nak gelak2 je tadi dapat panggilan tu… yela…ingat kawan-kawan aku main2 sama aku… tapi ini cerita banyak serious ok..aku dapat panggil dari Balai Keselamatan UTM… kedengaran macam suara perempuan yang menelefon aku tu…


 “ Assalamualaikum…ni Muhammad Khairul Azmi ke??”…tanye perempuan itu..”iya ni azmi bercakap”, jawab aku.. “awak ada di mana sekarang?mengganggu awak ke sekarang?” tanye dia lagi kepada aku…(dalam hati aku bercakap, perempuan ni nak ngorat aku ke ape..aku bukan ensem sangat, tp cute tu adalah…hahaha)… “saya ada di PSZ sekarang…kenapa incik??”jawab aku.. “awak boleh datang ke Balai Keselamatan sekarang tak??” Tanya dia lagi…(dalam ati aku berkate, wah ape hal plak ni??ape salah aku ni??aku ingat dia nak ngorat aku tadi..hampeh!) aku dengan cemas, Tanya dia balik, “hah?? Kenapa ea saya di panggil ke sana?? Saya buat salah ape ya??”… perempuan tu jawab, “eh, awak xsalah apa-apa..awak datang dulu ke sini..nanti awak tahu sebabnya.. kami nak amek statement awak je..sila berjumpe dengan encik Zainal”..aku pun bergegas ke Balai Keselamatan.


Tiba di balai. 

“encik, boleh berjumpe dengan encik Zainal?” tanye aku kepada petugas di kaunter hadapan. “owh, ni Azmi ea? Encik Zainal ada dia solat kejap…duduk la dulu k..” jawab petugas tersebut. (aku kate dalam hati lagi, wah popular plak aku hari ni di Balai Keselamatan..huhu…staff kaunter pun boleh tahu siapa aku..huhu)… “ok2…saya tggu di sini” jawab aku..


15minit kemudian…..


“encik Zainal, ni dia Azmi”..tegur staff kaunter tadi kepada encik Zainal.. “owh ya Azmi…sebentar ya, saya uruskan pelajar internasional ni jap” kata encik Zainal. Jawab, “ok encik”… foreigner ni hilang laptop kat MSI. Jadi encik zainal ambil keterangan foreigner ni dulu…
Da settle dgn foreigner tu, encik Zainal ajak aku masuk bilik SOAL SIASAT!! Pergh!!! Gempak x? aku first time masuk untuk di soal siasat…pengalaman ni…fuh!! Ok2…terus kepada perbualan aku dgn encik zainal ni..

Encik zainal memula bicara “awak tahu tak ape sebab awak kena dipanggil??” aku pun jawab “ saya tahu, tadi saya dapat tahu dari kawan saya, nazri tongal..”(sebenarnya masa aku tengah cemas2 nak pi balai keselamatan, aku kontek azam pasal hal ni..rupanya, nazri a.k.a  sawit da kena soal siasat dulu pagi tadi..atas kes pecah cermin tingkap kereta..tapi bukan sawit yang buat ok..sawit baik orangnyer…dengar dulu cerita aku..)


“Ok.. sekarang, sebenarnya saya nak tolong awak saja.. saya tengok muke awak ni, rasanya saya tahu awak baik..awak tak kan buat benda macam ni…tapi saya nak amek keterangan kes dari awak sahaja..so nampaknya, masa cam tak cukup utk amek keterangan awak(waktu tu da pukul 6.20 petang)..saya pun nak jemput anak saya balik sekolah agama pukul 6.30 jap lagi…jadi, awak balik dulu,siap2, rehatkan badan tapi saya nak awak buat keterangan awak sendiri kat hostel, mengenai kes ini dari awal awak terlibat dengan suspek kes ni..masukkan keterangan awak tu dalam pendrive..buat dengan jujur dan ikhlas supaya dipermudahkan urusan ni..dalam pukul 8 lebih awak datang sini balik, kita cerita lagi..tapi kalau awak tak datang, saya charge awak ingkar datang soal siasat..setuju??”.. “owh ok2…saya terima pendapat encik tu” jawab aku…


#### # encik zainal ni, kalau 1st time korang tgk muke dia macam garang..tapi bila da mula cakap, tak nampak langsung garangnya tu..baik je cara cakap.. kalau gini la, bestnyer kalau lepaking kat balai keselamatan ni..tak semua rupanya pak guard yang jahat..encik zainal salah satu pegawai yang aku tabik la!!diplomatik sangat dia!!! Dia ni pun alim juga orangnya…^_^..


Aku pun balik dengan hati yang lapang tapi kena buat statement aku dulu..huhu…(eh aku tak cite lagi ape kes sebenarnya ni..kes ni tentang tindakan seseorang yang mendatangkan kesan kepada aku dan sawit…kalau benda ni tak jadi, aku dan sawit tak kan terlibat sama..kes ni pasal ada kejadian memecah cermin kereta orang lain..mangsa dah buat report kat Balai Keselamatan UTM…tetapi mesti korang nak tahu apa sebab aku dan sawit diterlibatkan sama kan??? Ni disebabkan sticker kereta la..apehal kaitkan sticker kereta dengan pecah cermin kereta orang kan?? Begini ceritanya..aku ada tolong sorang kawan untuk buat kereta sewa semester lepas..kawan aku tu, dia suh aku jaga kereta dia tapi dia suh aku daftar kereta tu atas nama aku..tapi sebenarnya aku da xboleh daftar kereta lagi sebab aku da daftar nama aku utk kereta mak aku..jadi utk dapatkan sticker kereta tu, aku mintak tolong sawit dengan bagi guna nama dia utk amek sticker kereta..jadi dipendekkan cerita, sawit setuju bagi guna nama dia utk amek sticker kereta tu…tapi selepas sebulan aku jage kereta kawan aku tu, aku nekad pulangkan balik kereta tu kepada tuan punya kereta tu..ni disebabkan aku da fed up dgn runggutan dari pelanggan yang sewa kereta tu yang mengatakan kereta ni banyak problem dan selalu rosak apabila sedang memandu..dan itu kali terakhir aku jumpe kawan aku tu.. ok berbalik kepada kes pecah cermin kereta org tu, mangsa masa tu dikatakan telah menyaksikan kejadian memecah cermin keretanya..jadi dia dapat mengecam yang suspek menaiki kereta yang telah di daftarkan atas nama sawit..ha sebab tu sawit dan aku di panggil utk soal siasat…tp sebenarnya bukan sawit atau aku yang buat kerja2 camtu…tapi orang lain…aku pun xpasti sape yang buat,sebab aku da lame tak ambil tahu pasal kereta tu…ok paham kan semua?? Terhiba tak??haha)


Ok berbalik kepada hal aku dgn encik zainal, balik je ke bilik, aku terus buka laptop, terus karang aku punye statement…dan ini statement asal aku…




********************************************************************************** 
NAMA: MUHAMMAD KHAIRUL AZMI BIN MD SAM
NO K/P: 881123-23-5065
ASAL: LABIS, JOHOR
ALAMAT RUMAH: NO 5 JALAN BADIK 9, PERUMAHAN AWAM LABIS, 85300 LABIS, JOHOR.
NO MATRIK: AH 080103
KURSUS: 3 SHR
ADIK-BERADIK: ANAK KE-2 DARIPADA 3 ORANG
NAMA IBU: KHADZIZAH BTE AZALI
PEKERJAAN IBU: SURI RUMAH

KETERANGAN SAYA MENGENAI KES:

            Pada mulanya, saya menolong kawan saya untuk menyediakan kereta sewa untuk disewakan kepada pelajar-pelajar di UTM skudai. Kawan saya itu pelajar master ketika itu dan beliau tidak memiliki pelekat kenderaan pelajar pada keretanya. Oleh yang demikian, saya sebagai kawan menolong mendapatkan pelekat kenderaan pelajar dengan meminta pertolongan kawan sekelas saya, Muhamad Nazri Bin Tongal, dengan menggunakan namanya sebagai pendaftar kenderaan tersebut. Nazri pun bersetuju menggunakan namanya untuk didaftarkan bagi permohonan pelekat kenderaan yang bernombor pendaftaran WEM 5283 model Kancil.
            Saya juga mengaku bahawa saya juga membantu kawan saya(pemilik kereta) dengan menjaga keretanya untuk mendapatkan pelanggan bagi menyewa kereta tersebut. Malangnya, saya tidak dapat menolong lebih lama kawan saya tadi untuk menjalankan aktiviti menyewa keretanya. Ini kerana, setiap kali keretanya disewa oleh pelajar-pelajar UTM, saya selalu didatangi oleh aduan daripada pelajar-pelajar yang menyewa kereta tersebut mengenai kerosakan yang sering berlaku ke atas kereta terbabit sedang mereka menggunakannya. Hal kerosakan ini selalu berlaku kerana kereta tersebut tidak diselenggara dengan baik oleh kawan saya.
            Oleh yang demikian, setelah hampir sebulan dan saya ada mengeluarkan duit untuk membaiki kereta tersebut, saya nekad memulangkan kereta tersebut kepada kawan saya kerana saya tidak mampu lagi menjalankan aktiviti menyewa. Dan kawan saya juga telah memulangkan semula duit saya yang saya gunakan untuk membaiki kereta tersebut. Dan itu kali terakhir saya berjumpa dengannya sehingga saya dipanggil untuk memberi keterangan ke atas kes yang sedang disiasat ini.
Sekian terima kasih.
**********************************************************************************



Tepat pukul 8.00 malam, aku pun keluar untuk pergi jumpe dengan encik zainal utk kali ke-2 dalam sehari aku pergi ke Balai Keselamatan.. radi nak tumpang aku ke K01..ok aku pun tumpangkan dan antarkan radi ke K01 dan aku berlalu pergi ke Balai Keselamatan.
Tiba di balai keselamatan, “encik boleh jumpe dengan encik Zainal?”Tanya aku pada staff kaunter pertanyaan..”encik zainal pergi rehat…awak datang balik pukul 9 boleh?” (aduh dalam hati aku, ni yang tak boleh ni..sejam aku kena tunggu dia..huhu..tapi aku redha…tunggu sehingga 8.15 malam, dan aku blah kejap pi MSI solat isyak dulu..habis solat isyak aku pun pergi balik kat balai keselamatan tu..masa tu jam menunjukkan pukul 8.50malam..encik zainal pun da ada kat pejabat. Aku pun terus mendapatkan encik zainal dan bagi pendrive)…
“wah tepati masa betul ea awak” ujar encik zainal.. “eh kenapa pulak encik?” aku tanya dia balik. “sebenarnya,saya ada tadi masa awak da datang..tapi saya tak keluar sebab saya saja nak tengok awak boleh tepati masa atau tidak”kata encik zainal.. wah aku kena nilai sebenarnya ni…kata aku dalam hati lagi… sebenarnya masa ni je aku tepati masa, tapi bile pergi kelas, pernah pulak aku datang awal..haha “owh yeke encik?”huhu… “ni encik statement saya (sambil aku hulurkan pendrive padanya)”.. “owh ok2..bak cini” encik zainal meminta…


Setelah encik zainal baca keterangan aku yang jujur lagi ikhlas tu, dia pun setuju dan edit sikit ayat aku supaya jadi ayat yang lebih spesifik.
Aku masa bersama encik zainal tu, tak ada langsung perasaan takut atau cemas cam mula2 dapat panggilan tu.. sesi aku bersama beliau cam sesi anak bertemu ayah je rasanya…(aduh rindu pulak kat arwah ayah aku…L)hehehe…kami byk berbual tentang dunia dan agama.. encik zainal kalau bercerita tentang agama, membuatkan aku rasa semangat sekali.. dia bercerita sambil mengedit keterangan aku…haha…cerita pasal nafsu dan akal tu aku xpernah dengar.. dia cerita pasal, sebelum akal dan nafsu ini di serapkan kepada manusia, akal dan nafsu ni telah direndam  dalam api neraka oleh ALLAH S.W.T terlebih dahulu. ALLAH merendam akal dan nafsu ni sehingga mereka tunduk kepada ALLAH S.W.T..daripada cerita encik zainal tu tadi, akal dan nafsu ini sentiasa enggan tunduk kepada ALLAH pada mulanya.. “aku adalah aku, engkau adalah engkau” kata akal dan nafsu kepada ALLAH S.W.T berkali-kali dan ALLAH S.W.T juga berkali-kali merendam mereka ke dalam api neraka,sehingga akhirnya akal dan nafsu ini mengaku ALLAH S.W.T adalah Tuhan sekalian alam…Masya-allah..patut la nafsu kita ni selalu meluap-luap…betapa degilnya nafsu ni…Subhana-Allah…


Sesi soal siasat tadi bertukar kepada sesi berbual bicara Islam…hehe… encik zainal cakap, “inilah hikmahnya awak dapat datang ke sini dan bertemu dengan saya..dengan izin ALLAH S.W.T, kita dapat kenal hari ini..kalau tak pasal kes ni la, mungkin kita tak akan berjumpa kan?”.. (aku mengangguk dan senyum tanda setuju.. J )…


Dia pun sempat tunjuk kat aku satu buku pasal islam yang bertajuk “MUTIARA AL-QURAN” kalau tak silap aku…buku di karang oleh penulis daripada pengalaman Imam Ghazali…dah lame buku ni…sebelum aku lahir lagi da cetak..tahun 1983…huhu…aku xsempat nak pinjam buku tu sebab sekarang kena fokus pada buku2 fakulti je…sebab nak final exam…huhu…

Banyak lagi cerita yang kami bualkan..tapi aku dapat highlight kan sedikit tu aje…cukuplah tu..yang lain biar aku je yang tahu…hahaha…tapi paling tak diduga, “awak da ada konteks saya kan? Jadi kalau awak ada nak mintak kerja pas habis belajar ni, awak boleh la tinggalkan resume kat email saya..nanti Insyallah dengan izin ALLAH S.W.T, saya boleh tolong awak dapatkan kerja kat dalam UTM ni”. (pergh encik ini,dah la baik, nak tolong aku dapatkan kerja lagi..huhu..fuh mmg xsangka ditemukan oleh orang-orang sebegini.. ^_^ terharu aku YA ALLAH…) “wah…terima kasih encik..nanti apa-apa hal, saya bagitahu pada encik ok” jawab aku dengan excited!..

Maka, setelah proses mengedit keterangan aku tu siap, “awak ada lagi nak tambah dalam statement awak ni?” encik zainal bertanya. “rasanya, da tak ada apa-apa lagi, encik..cukup la tu”..jawab aku .. “ok cukup sampai sini dulu. Nanti kalau ada apa-apa lagi yang tak cukup, saya panggil awak lagi ok…Assalamualaikum” ujar encik zainal. “owh ok…baiklah encik..saya tunggu hasilnya…saya balik dulu..waalaikummusalam..”..aku pun beredar dari situ..

Tapi aku yakin aku terlepas dari tuduhan kes tu tapi mungkin aku kena compound sebab aku yang rancang guna sticker kereta tu atas nama sawit..tapi taka pa la…sekurang2 hukuman aku ringan dan dapat sesuatu daripada kejadian ni…ada hikmah semuanya ni… Amin…^_^..

Fuh begitu panjang cerita aku kali ni…harap jangan pening-peningla si pembaca silent aku nnt..huhu….
Ok sampai sini sahaja dulu…wasalam~~~~
Ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada ENCIK ZAINAL ABIDIN HASSAN, Pembantu Keselamatan, Bahagian Keselamatan, Utm Skudai..