Tuesday, 26 April 2011

ZAINAL ABIDIN HASSAN!! LIKE SARJAN HASSAN...YEAH!!

PERGHHHHHH!!!!! 25 April 2011…tarikh ini aku xkan lupa sampai bile2!!!Hari pengalaman yang paling aku tak dapat lupai…giler kau…tengah-tengah sedap study kat PSZ(tunjuk sikit aku kaki study juga…hahaha), tetibe dapat panggilan henfon…pergh…mula-mula aku ingat, ini panggilan hangit atau panggilan haji(eh haji belum lagi..huhu)! Adess…aku da macam nak gelak2 je tadi dapat panggilan tu… yela…ingat kawan-kawan aku main2 sama aku… tapi ini cerita banyak serious ok..aku dapat panggil dari Balai Keselamatan UTM… kedengaran macam suara perempuan yang menelefon aku tu…


 “ Assalamualaikum…ni Muhammad Khairul Azmi ke??”…tanye perempuan itu..”iya ni azmi bercakap”, jawab aku.. “awak ada di mana sekarang?mengganggu awak ke sekarang?” tanye dia lagi kepada aku…(dalam hati aku bercakap, perempuan ni nak ngorat aku ke ape..aku bukan ensem sangat, tp cute tu adalah…hahaha)… “saya ada di PSZ sekarang…kenapa incik??”jawab aku.. “awak boleh datang ke Balai Keselamatan sekarang tak??” Tanya dia lagi…(dalam ati aku berkate, wah ape hal plak ni??ape salah aku ni??aku ingat dia nak ngorat aku tadi..hampeh!) aku dengan cemas, Tanya dia balik, “hah?? Kenapa ea saya di panggil ke sana?? Saya buat salah ape ya??”… perempuan tu jawab, “eh, awak xsalah apa-apa..awak datang dulu ke sini..nanti awak tahu sebabnya.. kami nak amek statement awak je..sila berjumpe dengan encik Zainal”..aku pun bergegas ke Balai Keselamatan.


Tiba di balai. 

“encik, boleh berjumpe dengan encik Zainal?” tanye aku kepada petugas di kaunter hadapan. “owh, ni Azmi ea? Encik Zainal ada dia solat kejap…duduk la dulu k..” jawab petugas tersebut. (aku kate dalam hati lagi, wah popular plak aku hari ni di Balai Keselamatan..huhu…staff kaunter pun boleh tahu siapa aku..huhu)… “ok2…saya tggu di sini” jawab aku..


15minit kemudian…..


“encik Zainal, ni dia Azmi”..tegur staff kaunter tadi kepada encik Zainal.. “owh ya Azmi…sebentar ya, saya uruskan pelajar internasional ni jap” kata encik Zainal. Jawab, “ok encik”… foreigner ni hilang laptop kat MSI. Jadi encik zainal ambil keterangan foreigner ni dulu…
Da settle dgn foreigner tu, encik Zainal ajak aku masuk bilik SOAL SIASAT!! Pergh!!! Gempak x? aku first time masuk untuk di soal siasat…pengalaman ni…fuh!! Ok2…terus kepada perbualan aku dgn encik zainal ni..

Encik zainal memula bicara “awak tahu tak ape sebab awak kena dipanggil??” aku pun jawab “ saya tahu, tadi saya dapat tahu dari kawan saya, nazri tongal..”(sebenarnya masa aku tengah cemas2 nak pi balai keselamatan, aku kontek azam pasal hal ni..rupanya, nazri a.k.a  sawit da kena soal siasat dulu pagi tadi..atas kes pecah cermin tingkap kereta..tapi bukan sawit yang buat ok..sawit baik orangnyer…dengar dulu cerita aku..)


“Ok.. sekarang, sebenarnya saya nak tolong awak saja.. saya tengok muke awak ni, rasanya saya tahu awak baik..awak tak kan buat benda macam ni…tapi saya nak amek keterangan kes dari awak sahaja..so nampaknya, masa cam tak cukup utk amek keterangan awak(waktu tu da pukul 6.20 petang)..saya pun nak jemput anak saya balik sekolah agama pukul 6.30 jap lagi…jadi, awak balik dulu,siap2, rehatkan badan tapi saya nak awak buat keterangan awak sendiri kat hostel, mengenai kes ini dari awal awak terlibat dengan suspek kes ni..masukkan keterangan awak tu dalam pendrive..buat dengan jujur dan ikhlas supaya dipermudahkan urusan ni..dalam pukul 8 lebih awak datang sini balik, kita cerita lagi..tapi kalau awak tak datang, saya charge awak ingkar datang soal siasat..setuju??”.. “owh ok2…saya terima pendapat encik tu” jawab aku…


#### # encik zainal ni, kalau 1st time korang tgk muke dia macam garang..tapi bila da mula cakap, tak nampak langsung garangnya tu..baik je cara cakap.. kalau gini la, bestnyer kalau lepaking kat balai keselamatan ni..tak semua rupanya pak guard yang jahat..encik zainal salah satu pegawai yang aku tabik la!!diplomatik sangat dia!!! Dia ni pun alim juga orangnya…^_^..


Aku pun balik dengan hati yang lapang tapi kena buat statement aku dulu..huhu…(eh aku tak cite lagi ape kes sebenarnya ni..kes ni tentang tindakan seseorang yang mendatangkan kesan kepada aku dan sawit…kalau benda ni tak jadi, aku dan sawit tak kan terlibat sama..kes ni pasal ada kejadian memecah cermin kereta orang lain..mangsa dah buat report kat Balai Keselamatan UTM…tetapi mesti korang nak tahu apa sebab aku dan sawit diterlibatkan sama kan??? Ni disebabkan sticker kereta la..apehal kaitkan sticker kereta dengan pecah cermin kereta orang kan?? Begini ceritanya..aku ada tolong sorang kawan untuk buat kereta sewa semester lepas..kawan aku tu, dia suh aku jaga kereta dia tapi dia suh aku daftar kereta tu atas nama aku..tapi sebenarnya aku da xboleh daftar kereta lagi sebab aku da daftar nama aku utk kereta mak aku..jadi utk dapatkan sticker kereta tu, aku mintak tolong sawit dengan bagi guna nama dia utk amek sticker kereta..jadi dipendekkan cerita, sawit setuju bagi guna nama dia utk amek sticker kereta tu…tapi selepas sebulan aku jage kereta kawan aku tu, aku nekad pulangkan balik kereta tu kepada tuan punya kereta tu..ni disebabkan aku da fed up dgn runggutan dari pelanggan yang sewa kereta tu yang mengatakan kereta ni banyak problem dan selalu rosak apabila sedang memandu..dan itu kali terakhir aku jumpe kawan aku tu.. ok berbalik kepada kes pecah cermin kereta org tu, mangsa masa tu dikatakan telah menyaksikan kejadian memecah cermin keretanya..jadi dia dapat mengecam yang suspek menaiki kereta yang telah di daftarkan atas nama sawit..ha sebab tu sawit dan aku di panggil utk soal siasat…tp sebenarnya bukan sawit atau aku yang buat kerja2 camtu…tapi orang lain…aku pun xpasti sape yang buat,sebab aku da lame tak ambil tahu pasal kereta tu…ok paham kan semua?? Terhiba tak??haha)


Ok berbalik kepada hal aku dgn encik zainal, balik je ke bilik, aku terus buka laptop, terus karang aku punye statement…dan ini statement asal aku…




********************************************************************************** 
NAMA: MUHAMMAD KHAIRUL AZMI BIN MD SAM
NO K/P: 881123-23-5065
ASAL: LABIS, JOHOR
ALAMAT RUMAH: NO 5 JALAN BADIK 9, PERUMAHAN AWAM LABIS, 85300 LABIS, JOHOR.
NO MATRIK: AH 080103
KURSUS: 3 SHR
ADIK-BERADIK: ANAK KE-2 DARIPADA 3 ORANG
NAMA IBU: KHADZIZAH BTE AZALI
PEKERJAAN IBU: SURI RUMAH

KETERANGAN SAYA MENGENAI KES:

            Pada mulanya, saya menolong kawan saya untuk menyediakan kereta sewa untuk disewakan kepada pelajar-pelajar di UTM skudai. Kawan saya itu pelajar master ketika itu dan beliau tidak memiliki pelekat kenderaan pelajar pada keretanya. Oleh yang demikian, saya sebagai kawan menolong mendapatkan pelekat kenderaan pelajar dengan meminta pertolongan kawan sekelas saya, Muhamad Nazri Bin Tongal, dengan menggunakan namanya sebagai pendaftar kenderaan tersebut. Nazri pun bersetuju menggunakan namanya untuk didaftarkan bagi permohonan pelekat kenderaan yang bernombor pendaftaran WEM 5283 model Kancil.
            Saya juga mengaku bahawa saya juga membantu kawan saya(pemilik kereta) dengan menjaga keretanya untuk mendapatkan pelanggan bagi menyewa kereta tersebut. Malangnya, saya tidak dapat menolong lebih lama kawan saya tadi untuk menjalankan aktiviti menyewa keretanya. Ini kerana, setiap kali keretanya disewa oleh pelajar-pelajar UTM, saya selalu didatangi oleh aduan daripada pelajar-pelajar yang menyewa kereta tersebut mengenai kerosakan yang sering berlaku ke atas kereta terbabit sedang mereka menggunakannya. Hal kerosakan ini selalu berlaku kerana kereta tersebut tidak diselenggara dengan baik oleh kawan saya.
            Oleh yang demikian, setelah hampir sebulan dan saya ada mengeluarkan duit untuk membaiki kereta tersebut, saya nekad memulangkan kereta tersebut kepada kawan saya kerana saya tidak mampu lagi menjalankan aktiviti menyewa. Dan kawan saya juga telah memulangkan semula duit saya yang saya gunakan untuk membaiki kereta tersebut. Dan itu kali terakhir saya berjumpa dengannya sehingga saya dipanggil untuk memberi keterangan ke atas kes yang sedang disiasat ini.
Sekian terima kasih.
**********************************************************************************



Tepat pukul 8.00 malam, aku pun keluar untuk pergi jumpe dengan encik zainal utk kali ke-2 dalam sehari aku pergi ke Balai Keselamatan.. radi nak tumpang aku ke K01..ok aku pun tumpangkan dan antarkan radi ke K01 dan aku berlalu pergi ke Balai Keselamatan.
Tiba di balai keselamatan, “encik boleh jumpe dengan encik Zainal?”Tanya aku pada staff kaunter pertanyaan..”encik zainal pergi rehat…awak datang balik pukul 9 boleh?” (aduh dalam hati aku, ni yang tak boleh ni..sejam aku kena tunggu dia..huhu..tapi aku redha…tunggu sehingga 8.15 malam, dan aku blah kejap pi MSI solat isyak dulu..habis solat isyak aku pun pergi balik kat balai keselamatan tu..masa tu jam menunjukkan pukul 8.50malam..encik zainal pun da ada kat pejabat. Aku pun terus mendapatkan encik zainal dan bagi pendrive)…
“wah tepati masa betul ea awak” ujar encik zainal.. “eh kenapa pulak encik?” aku tanya dia balik. “sebenarnya,saya ada tadi masa awak da datang..tapi saya tak keluar sebab saya saja nak tengok awak boleh tepati masa atau tidak”kata encik zainal.. wah aku kena nilai sebenarnya ni…kata aku dalam hati lagi… sebenarnya masa ni je aku tepati masa, tapi bile pergi kelas, pernah pulak aku datang awal..haha “owh yeke encik?”huhu… “ni encik statement saya (sambil aku hulurkan pendrive padanya)”.. “owh ok2..bak cini” encik zainal meminta…


Setelah encik zainal baca keterangan aku yang jujur lagi ikhlas tu, dia pun setuju dan edit sikit ayat aku supaya jadi ayat yang lebih spesifik.
Aku masa bersama encik zainal tu, tak ada langsung perasaan takut atau cemas cam mula2 dapat panggilan tu.. sesi aku bersama beliau cam sesi anak bertemu ayah je rasanya…(aduh rindu pulak kat arwah ayah aku…L)hehehe…kami byk berbual tentang dunia dan agama.. encik zainal kalau bercerita tentang agama, membuatkan aku rasa semangat sekali.. dia bercerita sambil mengedit keterangan aku…haha…cerita pasal nafsu dan akal tu aku xpernah dengar.. dia cerita pasal, sebelum akal dan nafsu ini di serapkan kepada manusia, akal dan nafsu ni telah direndam  dalam api neraka oleh ALLAH S.W.T terlebih dahulu. ALLAH merendam akal dan nafsu ni sehingga mereka tunduk kepada ALLAH S.W.T..daripada cerita encik zainal tu tadi, akal dan nafsu ini sentiasa enggan tunduk kepada ALLAH pada mulanya.. “aku adalah aku, engkau adalah engkau” kata akal dan nafsu kepada ALLAH S.W.T berkali-kali dan ALLAH S.W.T juga berkali-kali merendam mereka ke dalam api neraka,sehingga akhirnya akal dan nafsu ini mengaku ALLAH S.W.T adalah Tuhan sekalian alam…Masya-allah..patut la nafsu kita ni selalu meluap-luap…betapa degilnya nafsu ni…Subhana-Allah…


Sesi soal siasat tadi bertukar kepada sesi berbual bicara Islam…hehe… encik zainal cakap, “inilah hikmahnya awak dapat datang ke sini dan bertemu dengan saya..dengan izin ALLAH S.W.T, kita dapat kenal hari ini..kalau tak pasal kes ni la, mungkin kita tak akan berjumpa kan?”.. (aku mengangguk dan senyum tanda setuju.. J )…


Dia pun sempat tunjuk kat aku satu buku pasal islam yang bertajuk “MUTIARA AL-QURAN” kalau tak silap aku…buku di karang oleh penulis daripada pengalaman Imam Ghazali…dah lame buku ni…sebelum aku lahir lagi da cetak..tahun 1983…huhu…aku xsempat nak pinjam buku tu sebab sekarang kena fokus pada buku2 fakulti je…sebab nak final exam…huhu…

Banyak lagi cerita yang kami bualkan..tapi aku dapat highlight kan sedikit tu aje…cukuplah tu..yang lain biar aku je yang tahu…hahaha…tapi paling tak diduga, “awak da ada konteks saya kan? Jadi kalau awak ada nak mintak kerja pas habis belajar ni, awak boleh la tinggalkan resume kat email saya..nanti Insyallah dengan izin ALLAH S.W.T, saya boleh tolong awak dapatkan kerja kat dalam UTM ni”. (pergh encik ini,dah la baik, nak tolong aku dapatkan kerja lagi..huhu..fuh mmg xsangka ditemukan oleh orang-orang sebegini.. ^_^ terharu aku YA ALLAH…) “wah…terima kasih encik..nanti apa-apa hal, saya bagitahu pada encik ok” jawab aku dengan excited!..

Maka, setelah proses mengedit keterangan aku tu siap, “awak ada lagi nak tambah dalam statement awak ni?” encik zainal bertanya. “rasanya, da tak ada apa-apa lagi, encik..cukup la tu”..jawab aku .. “ok cukup sampai sini dulu. Nanti kalau ada apa-apa lagi yang tak cukup, saya panggil awak lagi ok…Assalamualaikum” ujar encik zainal. “owh ok…baiklah encik..saya tunggu hasilnya…saya balik dulu..waalaikummusalam..”..aku pun beredar dari situ..

Tapi aku yakin aku terlepas dari tuduhan kes tu tapi mungkin aku kena compound sebab aku yang rancang guna sticker kereta tu atas nama sawit..tapi taka pa la…sekurang2 hukuman aku ringan dan dapat sesuatu daripada kejadian ni…ada hikmah semuanya ni… Amin…^_^..

Fuh begitu panjang cerita aku kali ni…harap jangan pening-peningla si pembaca silent aku nnt..huhu….
Ok sampai sini sahaja dulu…wasalam~~~~
Ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada ENCIK ZAINAL ABIDIN HASSAN, Pembantu Keselamatan, Bahagian Keselamatan, Utm Skudai..

Friday, 8 April 2011

macam-macam jangan macam-macam!

hi! bertemu kembali dalam jaringan belog aku ni...untuk arini, banyak benda aku buat dalam seharian (xsentuh pasal asingment or yg sewaktu ok....rileks sehari!haha)...pagi td punyer heaven tido cecah sampai kul 10 pg baru bangun...pergh...lalai lagi aku..adoi...tp bukan saje tido lame-lame...ade keje kena buat malam tadi...penat doi!
huhu...

 bundle! yeahhh...generasi bundle...petang tadi punye la rajin pi bundle seluruh JB...hahaha...xde-xde...aku main-main..maaf-maaf...hehehehe...tak semua bundle dapat pi..dapat pergi 3 bundle sahaja..tapi pergi bundle hanya satu tujuan...jalan-jalan sambil temankan kawan-kawan cari bahan...bahan disini, baju-baju berkomposisi gempak untuk digaya di acara-acara formal...hahaahaha....aku??aku cam biasa, dengan badan yang berskala besar, amatlah ajaib bilamana senang untuk aku dapat bahan...hahaha....tapi tetap gumbira!mana tidaknya, dengan hanya mengeluarkan RM10 sekeping, 3 barang aku dapat, siap untie tu pulangkan lagi RM1 kat aku...hahaha...tu la penangan generasi bundle! sangat berbaloi untuk orang-orang yang macam aku yang mana tak mampu ke butik-butik handalan di dunia ni...hahaha...kepada rakan2 lain tahniah di atas perbelanjaan anda hari ini...KHAS kepada RADHI...bagus ang happy juga akhirnya menemui bahan kegemaran...hahaha....
best ok keluar ramai-ramai dengan kengkawan...inilah masa kite boleh keluar ramai-ramai...tinggal lagi sebulan kita nak berpisah ini...lar touching plak ni...huhuhu...(ucapan kebanggaan kepada (fuad dan panjang bermotoran berdua), (azam dan sawit juga rakan bermotoran bersama), (radhi rakan semotor aku) di atas keberjayaan untuk ke bundle!hahaha(tak lupe juga rakan yang lewat apit bersama kekasih awal dan akhirnya acha)...)

setelah penat ke hulu ke hilir di serata kawasan 3 bundle tersebut, kami pun pulang ke utm dgn hati yang riang!kira hari ini alhamdulillah dipermudahkan urusan bagi kami...^_^...dalam perjalanan pulang, aku dan radhi buat pusing mengejut untuk pergi ke Jusco taman u membeli sedikit souvenier untuk kegunaan ketika mandi di tandas...beli sabun mandi sebentar da! shower foam da habis,,,huhuhu....n then da bayar, kami pun beredar dari situ sebelum macam-macam lagi desire aku untuk membeli-belah...huhu...

malam itu pula, seperti biasa, pukul 10.00 hari jumaat malam sabtu, MAHARAJA LAWAK!...ades...macam xboleh miss pulak benda ni...hahaha...yeahh! lagi skali keluar sebentar dari kawasan universiti...hahaha...bukan untuk ML sahaja, tapi untuk isikan kekosongan yang terasa di dalam perut ini...huhu...peh...mee goreng D' BRABUS power! masya-ALLAH...alhamdulillah menjamah sehingga habis..TERIMA KASIH MAK sebab bagi duit untuk makan...hehe (harap-harap darling aku tu bace lah belog aku ni...hahaha)...wah ML minggu kedua ni...rating cam xberapa baik...tapi jambu, nabil, R2, jozan je aku rasa okla...xboleh nak review sangat ML...janji terhibur suda!...hehehe....

then dah habis makan, da habis ML, terus berlalu pergi untuk pulang ke kamar yang dirindui...huhu...
balik kamar, terus pikir belog...ha tu yang aku tulis tu....haha...

bukan ape, kalau aku tak tulis kat belog, nanti aku lupa apa yang aku buat semalam...selalu macam tu...lagi-lagi tengah mood nak habis belajar ni..bercampur baur perasaan...
huhuhu... ok itu jela yang dapat aku ilhamkan untuk entri hari ini..

sekian, wasalam....

#perhatian: RADHI, ang tolong aku berus ekzos tenggiling aku tu ok!hahaha...kecian sandal ang...berlobang pi jusco tadi....hahaha.... 

 

Wednesday, 6 April 2011

kedudukan terjejas

aku pun xtau kenapa aku tulis entri yang macam tu...kedudukan terjejas???banyak persoalan yang akan timbul..dimana kedudukan??perlu ke mengekalkan kedudukan itu??aku tertanya-tanya apa kedudukan yang sebenar??

haittt....hiperbola sangat la entri ni...huhuhu...sebagai manusia kita tidak lepas daripada mengekalkan kedudukan yang sedia ada..bagi sesetengah orang, mereka da pun selesa dengan kedudukan sekarang. aku bukan nak cakap aku ini mengerja sangat kedudukan..tapi aku sering memikirkan kedudukan aku yang kian kabur...

kaburnya aku terhadap kedudukan itu..apakah kedudukan aku kini begitu mulia dan selesa??kedudukan yang aku fikirkan, makin lama,makin menakutkan....kesedaran kedudukan...aku takut kesedaran kedudukan kian rapuh dan....kabur.....

kedudukan....perlu diperolehi dengan titikpeluh yang begitu jernih setiap titisannya....kejernihan kedudukan...semakin lama difikirkan,semakin.....kesamaran...

dimana kedudukan aku??....insafilah kedudukan kini...beroleh kedudukan yang sangat bernilai....

Monday, 4 April 2011

no entri

erm....ape yang best aku nak tulis arini??rasa hari ni, aku kosong...tadi petang tidur lama sangat sampai ingatkan dah terus ke pagi besok nya...huhuhu....pernah tak anda semua rasa camtu punyer heaven tidur??

hahaha...seronok ok...tapi siap la malam ini kompem aku berjaga sampai subuh esok...takpe2...aku harap malam ni boleh la aku siapkan PSM aku tu...huhuhu...(sekarang tengah fikir +ve je..tengok jap lagi,buat ke tak PSM aku tu...hahahaha)...

malam semalam pun aku tidur lambat jugak..berjaga, dan tengok-tengok blog orang...
seorang kawan da janji nak ajar aku buat header kat blog ni...jadi aku tengok blog dia...sah,dia tepati janji..kat blog dia, dia ada buat tutorial pasal nak buat header ni...wah seronok aku jadinya...hahaha....ape lagi,malam tadi punya pasal tak boleh tidur,aku pun follow up la cara-cara nak buat header tu...peh first time aku guna Photoshop...hahaha...ok la...aku boleh follow guide yang dia bagi..simple je...cume kena ade kreativitian yang tinggi dan sabar...hahaha...alah aku jenis xde kreativiti...aku pun sebat je buat ni...hasilnya tu la header aku...huhuhu...

okla...masa untuk beredar sebentar...bagi laluan untuk solat maghrib...^_^"

u/p: terima kasih bisikbulanpadabintang....hehehe...

Sunday, 3 April 2011

ok dyan!

hahaha....ni aku ikhlas tau huda...terima kasih kepada blogger huda jamil diatas tunjuk ajar tukar background..hehe...

dyan dahlan, harap teruskan menjadi silent reader yang terkenal ok...hehehe
^_^"...bestla dyan kalau kau buat sendiri...buatlah blog pasal entrepreneurship ke...kau kan hebat pasal tu...
ahakz...

ok sampai situ sahaja...xade nak cakap dalam entri ni...juz semata-mata untuk mengucapkan terima kasih kat huda jamil! yuhhhuuuuu...

p/s: dyan tolong aku jualkan kasut ni boleh???hahahaha...kau kan entrepreneur...^_^"

Saturday, 2 April 2011

TEAM BUILDING!

yeah! bertemu kembali...untuk pengetahuan mood aku sekarang lebih kepada pengimbasan kenangan2 aku ketika belajar di universiti...kenapa nak cerita kenangan2 aku?? eh...lantak aku lah...tangan aku sendiri yang menulis...hahaha....maaf2...kurang sopan sikit disitu...huhu...

kali ni,aku sentuh pasal video yang aku dan group aku buat dulu masa tengah belajar Instructional Design yang diajar oleh Pn. Aminah yang kecik dan baik hati(arap2 puan baca blog saya...ahakz~~~)....^_^"...sebelum,semasa dan selepas video ini siap, ianya telah banyak menggunakan kenangan2 yang positif daripada group kami sendiri dan juga bantuan daripada coursemate aku untuk menjadi pelakon yang baik dalam bikinan video ini...video ini satu asigment yang diberi oleh Puan Aminah untuk disiapkan sebagai bahan bantu mengajar bagi seorang trainer...

masa ini, setiap group akan menyediakan satu video sebagai assignment diorang...bilamana puan minta ditayangkan setiap group punya video, maka masing-masing dengan bangganya mempersembahkan hasil bikinan mereka...tidak terkecuali juga group aku.

setelah agak setahun setengah kami menyimpan video ni, baru-baru ni pada 26 March, fakulti aku ada menganjurkan festival Inovasi dan kreaviti


jadi aku tengok ada poster mengenainya...kat situ ade tulis pasal video pendek..jadi aku teringt tentang video group aku buat tu....aku pun terus kontek AJK urusetia festival"video pendek ni, nak jalan cerita dia macam mana ea?"...jawab AJK" video mesti berdasarkan kepada pembelajaran course anda"...wah memang dah kena la dengan video group aku tadi..video kami pasal team building.

sebelum aku decide nak masuk bertanding, aku tanya ahli group yang lain (fuad,apit,sawit,pentol,panjang) tentang kemahuan aku...tanpa banyak cerita,mereka2 setuju dengan idea aku....tanpa terus banyak berpikir, aku ambil tindakan hantar video tersebut pada masa hari kejadian (masa hari kejadian itu, aku tengah ada case study HBS)..tapi santai...niat perlu diteruskan..kami keluar kejap dari kelas, dan hantar juga video tu walaupun kami jadi kecewa sedikit pada mulanya kerana dimaklumkan oleh AJK masa penghantaran borang penyertaan sudah ditutup..tapi kami tetap tidak mahu menyerah kalah...setelah rundingan dijalankan, serta dimasukkan elemen-elemen ugutan, video kami berjaya di daftarkan...hahaha...

dan petang itu keputusan telah diputuskan....kami berdebar menunggu keputusan juri yang bijaksana lagi hensem dan comel2..(cewah...pada hal masa tu jiwa tengah berkerut dengan case study HBS...haha).."ingtkan menang tempat pertama"kata apit...hahaha...tempat ke-5 boy!haha...alhamdulillah aku cakap..dapat juga hamper power! dan tanpe modal kita masuk pertandingan tu...hehehe
ok...semua setuju!ahakz~~

ok dengan itu, ni la video yang aku ceritakan tu...siapa2 yang nak tengok, tengok la k...ni la kenangan aku yang terrakam bersama kawan2 di universiti...^_^"

last sem kerja....

hahaha....slalu petang2 pergi sri pulai makan goreng pisang,cucur udang...tapi arini, aku, fuad,apit dan azam terlalu rajin masak makanan sendiri untuk makan petang...lokasi pantri aras aku...tu la kan...kalau da sem2 last ni, camni la...semua benda nak buat....

even tgh masak2 ni, seronok rasa...tiga tahun kami lalui bersama....pahit manis nyer kami saje yang rasa...tp kitorang tak dapat nak kumpulkan semua kawan2...ye la sebab yang lain lagi banyak komitmen daripada aku...huhhuhuhu...xpe2...janji korang bahagia la hendaknyer....


yang tak ada, sawit pi main bola, radhi pi silat, pentol xtahu lokasi sebenarnya dimana, cepet lagi la....entah da sampai langit ke berapa ntah....hahahahahaha.....

aku lupa....

lar da post entri baru aku ingat...aku sebenarnye nak tulis kebanggaan aku...kenapa pula kan??
ha..sebab aku terdorong plak untuk tulis kat blog...hahaha...makanya, aku jadi bangga kini..hahahaha...
yes!! ada jugak blog kan...erm..tak tahu la kalau ada orang follow ke tak..janji aku mendapat kepuasan di dalam penulisan...

k sampai sini dulu...layan!!

aku ber syukur...

kehidupan di universiti memberikan aku mendapat banyak pengalaman hidup yang tidak aku jangkakan. dorongan dari keluarga terutama mak, abang dan adik, telah menjadikan aku begitu tabah untuk terus belajar di peringkat sarjana muda. di sini, selama hampir 3 tahun, aku telah dapat banyak kenal dengan pelbagai ragam orang-orang disekeliling aku.

kawan-kawan sebelajar,seketawa, semelawak, telah menjadikan hidup ak berwarna di sini..untuk menangis, aku rasa, ia tidak revelen di sini. aku jarang rasa menangis, cuma kenangan aku bersama arwah ayah, dan ketabahan mak membesarkan kami adik beradik, menjadikan ak seorang yang sensitif dan kemudian memberikan aku semangat untuk membuatkan sesuatu itu agak berjaya.

aku bersyukur di temukan dengan manusia-manusia yang tidak membawa aku ke jalan yang sia-sia..mungkin kadang-kadang, kami lalai tp kami tidak la terjerumus ke kancah yang menjijikkan. ALLAH S.W.T. masih menjadi pengikat kami daripada melakukan perkara-perkara yg sia-sia.


u/p: terima kasih kepada Fuad, Apit, Azam, Sawit, Radhi, Pentol dan Panjang yang selalu ada dengan aku..tinggal lg bape minggu je lagi kita akan terpisah untuk sementara mungkin...kenangan yang dibina, tak kan pernah aku delete.dan xlupe jugk cepet...kwn yg da lame xlepaking bersama dgn kitorng...^_^
******untuk yang teristimewa...aku harap kau xpernah bosan dengan pertanyaan aku yang sering mengganggu....hehehe