Sudah lama aku tidak menulis di ruangan ini..dengan kehidupan seharian yang mencengkam, memang sukar bagi aku yang tak berapa rajin ini.. ditambah dengan kerja yang agak memenatkan.. cerita yang lepas pun aku rasa dah cam tak tersambung pun lagi..ini disebabkan tempoh untuk menulis agak jauh jaraknya dengan peristiwa lepas, jadi aku sudah lupa...dan aku tak tahu cara bagaimana untuk menyambung nya...hahaha..tapi apapun, peristiwa belajar di Melaka sangat menyeronokkan dengan ditambah kawan-kawan group aku yang sporting...u r punkrock! Erm..cerita aku kini, aku sedang menjalani On Job Training(OJT) di Menara Annexe2 TM..sudah masuk hari-hari terakhir aku menjalani latihan di dalam company koperat ni..alhamdulillah semua berjalan lancar..
Dalam masa 6 bulan ni, kehidupan di KL metropolitan ini, banyak memberikan aku erti kehidupan. Di sini aku banyak diketemukan manusia-manusia yang pelbagai ragamnya...haha...kadang-kadang memang betul la. Kalau nak rasa kehidupan, kita kena berhijrah ke tempat lain. Nabi Muhammad saw pun berhijrah juga dari kota mekah ke madinah. Tapi baginda berhijrah atas sebab penyebaran Islam. Aku? Aku berhijrah atas tuntutan kehidupan dan seiring dengan takdir Allah swt..aku hanya mampu ikuti sahaja. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi kelak. Berbalik kehidupan di metropolitan, kehidupan disini agak lebih mencabar berbanding kehidupan di kampong halaman. Memang mencabar dari segi mental dan fizikal. Jika dulu, mental aku mudah dan jarang dikerah, tapi disini mental aku banyak bertindak balas. Jika dulu fizikal aku gemuk giler, skrg da agak xgemuk giler jugakla..haha...ini disebabkan tuntutan kehidupan di Bandar. Di sini aku kenal kembali agama, erti kehidupan, politik dan makanan..
Sudah lama aku meninggalkan gelanggang keagamaan yang kudus. Kini di kota metropolitan membuatkan aku ingin kembali mempelajari nya. Alangkah indahnya islam yang aku hanya pelajari semasa di sekolah agama johor dulu. Aku tertanya-tanya, apakah islam di dalam diri aku ini? Adakah aku benar-benar seorang yang menjalankan cara-cara islam? Aku sangat sedih bila terpikir pasal diriku ini. “bila kita makin banyak belajar, baru kita sedar, kebodohan kita sangatla banyak”-ayat dari sahabatku, fuad. Kata-kata ini sangat benar. Semakin kita mahu kembali ke jalan yang baik, semakin kita tahu, semakin kita kaji, semakin itula kita rasa kita tidak banyak tahu. Dan rasa sangat bodoh diri ni. Alhamdulillah kini aku sedikit demi sedikit mengetahui dan mencari tingginya nilai-nilai islam itu. Aku juga banyak didedahkan dengan pengajaran yang tidak formal kearah kebaikkan.
Erti kehidupan. Kehidupan orang cakap harus dinikmati seluruhnya. Pada aku, kehidupan hanya tempat sesaat sebelum kita semua masuk ke alam yang pasti nanti. Tapi apapun, kehidupan perlu dijalani bak kata orang-orang diseluruh dunia. Kehidupanku di johor dan di kl pada aku tiada beza, Cuma cara golongan marhaen di KL je yang berbeza yang membuatkan aku sesak nafas. Jika di johor, pada pandangan aku, peminta sedekah atau gelandangan aku rasa aku tidak pernah Nampak semasa aku bermastautin disana 3tahun. Tetapi di KL ini, boleh dikatakan setiap hari ada saja golongan ini. Bukan mahu berlapang dada atas perkara ini, tetapi aku hairan mengapakah di kota yang orang kata maju ini, semakin ramai golongan-golongan ni? Mana perginya slogan negeri maju tu? Tapi walau-apapun yang aku perkatakan, tugas aku berkongsi. Berkongsi rezki aku yang ada, dan diberikan sedikit kepada yang meminta. Tak salah kalau berkongsi. Pada aku, perihal berkongsi akan mendamaikan aku. Pernah sekali peminta sedekah datang dekat aku mase aku tengah makan disebuah kedai makan. Dan seperti biasa, aku pun sedekah la sedikit wang yang aku ada kepada peminta sedekah tu. Dan selepas menerima wang dariku, peminta sedekah tersebut semacam tengah menadah tangan dan seakan mendoakan aku... aku pun terkebil-kebil rasa dihargai oleh peminta sedekah..kan ia mendamaikan bukan?
Banyak peristiwa yang berlakukan disini... benda yang aku tak suke buat, aku kena buat... Contohnye, di tmpt aku kerja ada diadakan annual dinner.. Dan kami pelatih-pelatih SL1M ni, secara paksa rela kena terlibat sama dalam persembahan tersebut. Dan akhirnya, setelah adegan paksa rela ini, kami akur dan Berjaya menjayakan persembahan tersebut yang banyak mendapat pujian dari mereka yang datang berkunjung. Persembahan tersebut adalah, sebuah tarian selama 5minit lebih...wow...bayangkan aku yang bertubuh “sasa” menari lagu-lagu tradisional... huhu....jatuh keimanan gadis-gadis..tapi tak ape.. demi mencari sebuah pengalaman yang berharga..kena positif..
Ok la kot coretan kali ini..
Untuk update ni pun mengambil masa berminggu-minggu untuk mengarang...huhu...
Sekian, terima kasih
jimi! akhirnya kau update jugak.
ReplyDeletebetol jimi, macam2 ragam manusia kite bole nampak kan. ada yang sedih, sayu, gembira, gila dan etc.
aku as kawan sgt berbangga dgn kau. tahniah ye :)
^_^...terima kasih huda... apepun,negeri sendiri juga disukai...
ReplyDelete